Friday, December 30, 2011

congrate!!

dear little brother,
happy to hear the good news
hope you will do the best at SMT Gombak
new environment, new friends,
please make our parents so pound with you
good luck

love,
you elder sister :)

Thursday, November 17, 2011

Aaron Aziz... lucky to see u :D

salam semua...

i baru je balik dari tengok teater di istana budaya, tajuk Badai Semalam - lakonan mantap Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Emelda,Ziela Jalil,Jasmin Hamid dan pelakon dari istana budaya.

teater ini mengisahkan perjalanan hidup Mazni (lakonan Erra Fazira) yang berbelah bagi untuk memilih cinta, cita-cita dan pengorbanan. tidak semua keputusan yang kita buat dalam hidup kita boleh memuaskan hati semua orang..


Mazni seorang anak kepada orang gaji yang tinggal berteduh bersama ibunya, Makcik Bibah di rumah majikannya yang bernama En. Haris dan Pn. Rohana. En. Haris dan Pn. rohana mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Karim (lakonan Aaron Aziz). pada suatu hari karim membawa pulang Zaki (lakonan Fizz Fairuz) dan zaki terpikat kepada Mazni. sebelum ini, Karim tidak pernah memandang kepada Mazni, lebih-lebih lagi Mazni cuma la anak orang gaji dan Mazni juga menganggap Karim hanyalah sebagai abang. namun, selepas Karim ditimpa kemalangan, barulah cinta antara mereka berputik dan seterusnya menjadi pasangan kekasih. tidak diduga, Zaki juga menaruh perasaan kepada Mazni, namun, Mazni lebih bertindak memberi hatinya kepada Karim.

nampaknya, cerita panas daripada jiran-jiran yang iri hati lebih diterima daripada mendengar cerita betul. akibatnya, makcik habibah (ibu Mazni) kecewa dengan tuduhan Mazni mengandung dan akhirnya meninggal dunia. Mazni sangat sedih, namun menerima kematian ibunya dan dia bertekad untuk melangkah ke universiti walaupun ibunya telah tiada.

akhirnya, Mazni tetap mengambil keputusan untuk berkahwin dengan karim, walaupun mendapat tentangan daripada Pn. Rohana (ibu karim). bagi Pn. Rohana, Mazni tidak setaraf dengan keluarga mereka. Namun, Karim dan Mazni memilih untuk disatukan juga. walaupun sudah berkahwin, namun Mazni tetap dengan pelajarannya dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. oleh kerana demikian, Karim mula dengan tabiat dahulunya yang suka mencari perempuan dan berfoya-foya di disko bersama Dora (lakonan Jasmin Hamid).

satu hari, Mazni terjumpa keratan akhbat yang menulis berkenaan dengan zaki. agak lama mereka tidak  berjumpa apabila Mazni sudah berkahwin dengan Karim. Zaki telah pun mencapai cita-citanya untuk menjadi Doktor dan telah berkerja di salah sebuah hospital di Singapura. Nampaknya, mulut orang memang sukar untuk ditutup. ada sahaja yang ternampak mereka berdua, dan berita itu pantas tersebar hingga ke pengetahuan Karim. Karim berasa marah lantas memarahi dan bertindak untuk memukul Mazni. Akibatnya, Mazni dimasukkan ke hospital. ketika di hospital, Zaki memberitahu bahawa keputusan peperiksaan Mazni lulus. Karim tumpang gembira dengan keputusan itu dan meminta maaf kerana keterlanjurannya. Malangnya, Mazni tidak boleh menerima dan meminta dilepaskan.

Karim sangat kecewa dengan tindakannya dan tidak boleh menerima hakikat. justeru, Karim membuat satu keputusan di laur batasannya dan dia telah kehilangan nyawanya. Mazni berasa kecewa dan ingin memulakan hidup baru. tambahan pula, Mazni telah menerima tawaran belajar di Kuala Lumpur. Zaki ingin menagih kembali cinta lamanya namun Mazni enggan.

Hilanglah sebuah cinta, dan berharap agar Mazni boleh menemui cita-citanya tanpa perlu berkorban lagi...

Tiket - G ni bermaksud ketiga dari belakang tau... hoho


Aaron Aziz yang totally hensem... hehehe.. excited jap dapat tengok die face to face.. sebelah dia adalah fizz fairuz... pun not bad gak.. hensem... hehehe :) 
tetiba rambang mata lak bile tengok artis depan mata ~~~


kesimpulannya, teater badai semalam ni Mantap sey... prob dia gempak... ada rumah, hospital, boleh jadi tepi laut, sekolah... smart.. kereta pun boleh ada atas stage... berangan-angan nak berlakon atas pentas IB ni.. hoho... mampu ke?? no komen...

so, sapa-sapa yang tak tengok lagi, boleh la tengok.. pementasan ni sampai 20 november ;D

Wednesday, November 16, 2011

Sup UK...

entry ini ditulis sangat lambat... sampai tarikh dan hari kejadian pun da tak ingat..hihi.. (daya ingatan yang lemah)...

one nite (hari tu la), my gud gud fren, Auji Nabilah ajak g dinner... kunun nak makan jauh la... kat bangi.. huhu.. so, bila da sampai Bangi tu, try la cari sumthing yang jarang di makan...

so, she's suggested untuk try 'pekena' sup UK... hah? apa UK tu ek.. rupanya sup Urat Keting... mmm... apa tu? serius tak pernah tengok... so, jom la tengok... dan rasa...


Urat keting ni merupakan urat kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak.. untuk mengasingkan lemak tu, urat keting tu perlu direbus... sebelum ni, memang ramai yang pernah cakap sup urat keting ni sedap... so, nak try rasa la..


the result is ----> sup ni memang super duper marvelous.. sedapla... urat keting tu ok la.. rasa liat-liat... but nice.. ok la.. sebab memang tak pernah makan sebelum ni.. jadi memang rasa sedap.. so, maybe boleh datang sini lagi untuk rasa sup UK..huhu

kat situ pun ada jual satay.. nice jugak la satay dia... RM 5 dapat 8 cucuk satay...


 Auji dan Anis

Double 'Ira'..hehehe

so, sapa-sape yang tak pernah cuba dan nak cuba.. boleh la datang ke alamat berikut:
Restoran Sup Ketin,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
Selangor

enjoy.. :)

Monday, November 7, 2011

aidil adha's trip...

salam semua...

PANGKOR!!!! here we are... hehehe

sempena hari raya adil adha, kami takde la buat kurban seperti orang lain, tetapi... kami menggunakan cuti yang ada dengan mengadakan satu aktiviti bersama keluarga.. al-maklumla, bila da besar2 ni.. semuanya da asek sibuk dengan assignment la..itu..ini... jadi, bila semua da berkumpul, apa lagi holiday la..hehehe..

pangkor menjadi destinasi pilihan kerana dekat (dekat ke, 4 jam kot dari rawang) dan sebab tak pernah pergi lagi.. kerana bertolak dari rumah lambat... jadi kami sampai di pangkor pukul 2 petang... ketika sampai, hujan turun dengan lebat.. jadi kami berfikir, sia-sia je datang ke mari.. papa pun seloroh, kata : tu la tak tengok lagi ramalan cuaca.. masing-masing dan frustrated...hihi

tapi, mungkin rezeki kami, hujan akhirnya berhenti dan kami pun membeli tiket untuk naik feri... untuk ke pulau pangkor, kita kena naik feri dari lumut ke pangkor. perjalanan feri mengambil masa 30 minit dengan tiket berharga rm10.

menaiki feri

 tiket pergi balik = RM10

keadaan dalam feri


Pulau Pangkor.. tak seperti dalam bayangan... ok la untuk berbulan madu...hehehe.. untuk mandi2 memang nais... hihi... kitaorang adik-beradik memang bergambar sakan la kat sana... kalau nak meronda kat pangkor tu, kena naek moto... so, kami sewa 4 moto dengan harga RM80...



seriously, advance gile jalan kat pangkor.. dah macam explore race pun ada... hehehe... seronokla... pastu ada kota belanda kat sana, batu bersurat.. tapi batu bersurat dia takde surat.. tinggal batu je.. huhu






peta pangkor....

alamak, terbalik lak... sorry...

pastu kat Pangkor, ada incinerator tu..huhu... yela.. kat pangkor kat mane la nak korek tanah tok wat landfill.. 


Pangkor ni best.. seronok la.. udara nyaman... rasa tenang je... tapi ada certain2 tempat... ada yang tempat banyak pokok... seronok la.. hijau je... tapi ada certain tempat, penuh dengan sampah-sarap... coastal area dia pun tak berapa nak bersih.. kotor... rugi la tempat perlancongan camni tak dijaga.. kalau dijaga mesti banyak pelancong datang...

so, bagi sapa-sapa yang nak melancong boleh la datang ke Pangkor.. tapi cari kawasan yang bersih sikit la.. kedai makan pun banyak.. cuma time kami pergi tu cuti raya haji... jadi banyak kedai tutup..

end up cerita hari ini... insya allah ada cerita lain lagi... daaa ~~

Saturday, November 5, 2011

si kuning coming home...ngeh ngeh...

salam salam salam...

hari ni xcited sangat2 sebab VAN KUNING ibu dah boleh bawak balik rumah... hehehehe... tapi lama gak la nak tunggu van ibu ni dimekapkan oleh sang pakar tinted..hehehe...

first time naik van sekolah...hohoho.. yela..dulu kan sekolah asrama...so, mana ada peluang nak naik van sekolah... best2.. cam naik lori je... tinggi kot...





best-best... hehehe... semoga ibu terus success dalam kareer yg diminatinya :)

xpdc cari makan...

4/11/2011

salam semua...

gosh !! kedai makan kat depan kolej ni tak bukak... so, xpdc mencari makan bersama ema dan ira diteruskan...

cari nye cari last-last kedai kat belakang library....


alhamduillah, walaupun foodcourt tutup, at least masih ada yg bukak...

Thursday, November 3, 2011

be strong ya my frens...

dear diary'ez..

hari ini (semalam sebenarnya), i menerima beberapa berita yang kurang baik dari kawan-kawan i.. cian dorang.. i just boleh doakan kebaikan dan kesejahteraan untuk mereka. nak menolong, masih tak mampu..

dear Auji Nabilah,
kak ira harap, mama abbie cepat sembuh.. abbie tabah ye.. harap-harap ianya tak seteruk yg i bayangkan.. i taw abbie strong, boleh handle semua masalah dengan ok.. dalam keadaan yang banyak gile keje, dapat info mama dia kat hospital, kalau i, tak taw camne nak handle... abbie, be strong.. :)

Dear Nur Hazirah Aqilah,
serius terkejut dengar rumah hezy kena pecah masuk.. sangat-sangat cuak.. tak tau la kalau i yang ada dalam keadaan tu.. serius tak taw nak buat apa.. da la duduk di rumah sorang-sorang, lepas tu ada lelaki tak dikenali pulak datang dan cuba membuka rumah tersebut.. mujurlah, rumah hezy ada grill di sebelah dalam. at least, sempat nak minta tolong or call sape2... hezy, jaga keselamatan ok... :)

Dear unknown fren,
first time dalam my history, tak pernah tengok accident happen depan mata.. kalau yang dah berlaku ada la.. ni i tengok dari awal sampai akhir.. firstly i tengok student tu naik bus.. yes, bus tu da totally penuh tapi i paham perasaan nak balik kampung tu mmg sangat tinggi, so penuh or tak, dia try to get in dalam bus tu.. and maybe pintu bas masih belum ditutup dan bus bergerak. mungkin disebabkan momentum jadi student yang lain mungkin tertolak-tolak dan menyebabkan student tu terjatuh dari bus.. sangat bernasib baik dia jatuh jauh dari tayar bus, kalau dia terlentang, ada harapan dilanggar oleh bus berkenaan... takutnya... dan ramai orang di bus stop yang datang membantu. sangat kecian. i time tu dah kat dalam bus KTP.. bus yang di jatuh tu, adalah bus komuter..  to unknown fren, i hope u will be ok.. kalau i maybe trauma nek bus da..

Dear our food court premises,
seriously, i balik dalam keadaan lapar gile nak mampus, turun bus i tengok food court lengang.. i lega sebab time tu da pukul 5.. selalunya student da ramai beli makanan.. so, i dengan senang hati pergi ke tempat biasa yg i suka beli - tetiba ada orang ckp, " Dik, kami da tutup dik.. semua kena tutup".. OMG!! apa ni..aku lapar gile kot.. takkan tak boleh beli makanan.. cari-cari kedai, mujur Marrybrown bukak lagi.. nasib baik... so, pesan makanan, tengok dorang pun cam ngah kemas-kemas barang. jadi, i pun meramahkan diri untuk bertanya. tanya punya tanya, rupanya pihak jabatan kesihatan datang buat pemeriksaan. kebanyakkan mereka takde suntikan untuk melayakkan mereka menjual makanan. yela, maybe they take some safety action untuk student-student.. tapi masalahnya lama kot... 14 hari.. kat mana nak makan nanti weh... kurus keding la i lepas ni... :(

nampaknya hari ni ada banyak problem bertimpa-timpa.. harap semuanya ok dan tabah.. i pun try jadi ok dan tabah.....

Monday, October 31, 2011

my mr.inspiration...fewitt!!

hye there...eh..assalammualaikum...

pagi ni dimulakan dengan hari yang indah... cuma i je yang tak berapa nak indah... because:
1) bangun lambat - kelas kol 10 pun still bangun lambat..ceh..
2) mulut still sakit lagi...grrr...

so, datang kelas dengan longlai je..menahan sakit.. tak boleh bukak mulut besar-besar, tak ley nak gelak kuat-kuat..padan muka...tu la..tak suka minum air lagi...

so, as my expectation.. my dr. B (huhu) mesti akan point kat i punya la... tapi yang kelakar, today dia tersilap sebut nama i la..jadi amira... i pun hah..ternganga... n my frens yang betulkan nama i... so, baru dia membetulkan kesilapannya... hihihi..comel..

the guy in 50++ years old is my law lecturer.. actually, he is my previous supervisor when i in my internship on Dec 2010 - May 2011.. honestly, he so nice, caring and supporting.. tu yang i bersalah bila i tak active kat kelas dia tadi.. selalunya i akan tanya dia.. benda bodoh pun i tanya..huhu

hari ni dapat markah test... bodohnya i ley dapat 14/20 je..ish3.. tapi i memang blur time nak jawab locality doctrine tu... tak taw nak related dengan kes mana... cian dr.B.. mesti dia keciwa bila tengok jawapan i.. sure dia expect i akan jawab dengan betol test die.. :(

tengah2 lecture, tetiba my good fren hazirah tanya...
hezy: kak, baik akk cakap ngan kitaorang. apa sebenarnya hubungan akk dengan dr.B?
me: (just can laugh) nonsense... hihi... but i know hazirah just joking... sebab dr.B also pointing at me.. dia jarang sebut nama orang lain..ada tu ada la.. tapi dari week 1 sampai sekarang, tak lepas nama i je.. first2 i rimas, lama2 jadi suka..hehehe.. bukan suka dia..amboi.. but suka sebab dia akan pay attention kat i..so, i takde la mengantuk dalam kelas dia..

end of class, i terus jumpa dia.. i ckp:
me : dr. i'm sorry sebab tak active dalam kelas dr. I.... (tak sempat nak ckp apa2 dr. B dah potong)
dr.B : its ok... i know your problem.. (eish...dr.ni cam ahli nujum negara lak)

lepas tu, i ada la tanya sedikit soalan yang berkaitan dengan law and FYP... so, dia adalah bagi point yang membolehkan i tulis my introduction... Ya Allah!! thanks sgt2 sebab gerakkan hati i tanya dia..at least, i boleh tulis introduction.. before this, i seriously blurring.. tak taw nak start camne..nak buat camne...

and lepas tu i ckp lagi:
me: dr., actually i letak nama dr. as my references dalam resume.. i hope kalau somebody call dr. tanya pasal i, dr. boleh la tolong support saya...hehehe... sorry dr. i bagitau awal2, takut nanti dr. terkejut pula orang call dr. tanya pasal saya.
dr.b: ooo..ok ja.. dont worry. i also supporting u... (wah, cam berbunga-bunga je dengar dia cakap camtu..huhu)


p/s: i just wanna tell that i so glad and thankful to having Dr. Bakri as my lecturer that also supporting his student. not rather the other lecturer are not good to me... all of them are good like Dr. Sutarji, Dr. Mariani, Pn. Rosta, Dr. Ramzani and others, but Dr, Bakri are more good... just in my opinion..  ;)

Sunday, October 30, 2011

my to do list...

a week after...

kunun nak stay koleh wat FYP la kununnye... hampasss... ape pun tak boleh (bak kata jambu Maharaja Lawak).. adeh, kalau keje yang lain-lain tu ok lagi, tapi FYP ni, banyak kasi semangat down mendadak-dadak ar..why why why???

a week before... i da list up pe yang i kena wat:
1. FYP - introduction, problem statement, dgn literature review... (bab literature review ni paling lomah ai i nak membuatnya... apa nak direview ni eh... i pun pening cam ni ar orang lain ley grade dengan cemerlang, gemilang, terbilang dengan wat literature review ni..)
2. 6 artikel HRM - pasal orang yang success and boleh handle Human Resource Management dengan successnya
3. Keusahawanan - marketing (part ni i wat ngan hezy)
4. Resume
5. Law - kena cari tajuk untuk mini projek
6. analysis movie (the day after tomorrow)
7. Laporan Blok - yg ni nak suruh s/u blok buatkan boleh tak...hehehehe
8. surat toilet - adui...bila nak settlekan benda ni...

so, a week after...the result...
1.1. FYP - introduction, problem statement, dgn literature review... (bab literature review ni paling lomah ai i nak membuatnya... apa nak direview ni eh... i pun pening cam ni ar orang lain ley grade dengan cemerlang, gemilang, terbilang dengan wat literature review ni..)
2. 6 artikel HRM - pasal orang yang success and boleh handle Human Resource Management dengan successnya
3. Keusahawanan - marketing (part ni i wat ngan hezy)
4. Resume 
5. Law - kena cari tajuk untuk mini projek (baru dapat satu tajuk)
6. analysis movie (the day after tomorrow) - movie pun tak dapat tengok camne nak analysis..youtube takde cite ni..
7. Laporan Blok - yg ni nak suruh s/u blok buatkan boleh tak...hehehehe
8. surat toilet - adui...bila nak settlekan benda ni...

so, kesimpulannya.... i lagi banyak termenung dari wat benda-benda yang ada kat to do list i ni...
useless nya.... :(

Friday, October 28, 2011

taska taski...

salam semua...

diary'ez ini ditulis dalam keadaan demam, lenguh-lenguh badan, kaki, tangan, sakit mulut dan sebagainya...

1) khamis petang dapat call dari ibu, suruh balik, kena tolong ibu jaga taska kerana hari jumaat ibu ada hal.. ok ibu..

2) jumaat - 6 pagi, start buat keje seperti biasa.. sidai kain dulu, menyapu..itu ini.. pukul 6.30 budak-budak da start datang..

3) masih tak rasa yang hari ni akan ada disaster yang teruk... walaupun kat rumah TAKDE AIR...

4) start pukul 7 pagi, baby hakim dan zarif datang... time ni ok lagi... lega sikit bila baby ayyan takde.. nenek dia jaga kat rumah... 

5) yang lain-lain datang dengan perasaan gembira.. al-maklum la, da lama tak jumpa kak long..huhuhu..semua sibuk nak bercerita... tapi i ni ngah sakit mulut..

6) start baby danish datang, ok disaster bermula... tapi bukak sebab dia, sebab baby hakim nangis tak henti-henti. serba tak kena... baring tak kena, dukung, mandikan..bagi susu.. menangis je dia.. kenapa..kenapa..

7) baby hakim menangis tak henti selama 2jam++... serius..tak tipu punya.. tak taw apa masalah dia.. i pun rasa cm nak nangis jugak.. iyela..dia baby..so, kita pun tak faham apa yang die nak.. T T

8) bila baby hakim menangis, yang baby danish pun ikut nangis jugak.. maybe sebab bising.. and maybe nak perhatian jugak.. wooo...matila gue..

9) memang razi ada, tapi still tak cukup kaki dan tangan... yang baby allysa pun sibuk minta dukung.. bila tak dukung dia nangis.. lagi haru rumah ni..

10) semalam hari jumaat, confem razi nak g solat jumaat... budak-budak yang lain minta makan, itu dan ini... adoyai... 

11) oleh sebab rasa tak tertanggung beban yang ada, i pun terpaksa minta tolong ummi (jiran depan rumah). bila ummi datang, alhamduillah, everything is under control.. sorang-sorang baby ummi tidurkan.. time tu baru la aku boleh duduk sekejap..penatnya..

12) jap-jap.. nak kira..berapa ek sebenarnya yang ada dalam rumah ni...
     - baby muhammad zulhakim
     - baby danish
     - baby dylan muhriz
     - baby farah alina
     - baby amira allysa zulaikha
     - alisa balqis
     - arienne maisarah
     - alif danial
     - muhammad ikram
     - qistina laiqa
     - siti zubaidah
     - siti aishah
     - akmal fikri
     - amirul hakim
     - afiq iskandar
     - mohd zarif
     - farah alisa
     - aishah yasmin
     - Damia
     - mohd danish
  total : 20 orang..!! 

13) tapi iwan kata ni pun ada lagi yang tak datang... sape ek yang tak datang
   - adam arman mustaqim
   - naufal 
   - aliya
   - baby dzikri dzayyan
   - ammar dizkri
   - eizlyn dayana
   - faris hakim
   - zulaikha
so, total semua sekali = 28 orang... ramai kot..

14) tapi bila dah balik UPM, rasa rindu plak kat dorang.. lebih2 lagi yang baby-baby ni... jadi, i ada la capture sikit2 gambar dorang... rindu-rindu..

 Qistina Laiqa

 Baby Dylan Muhriz

 Muhammad Ikram

 Siti Aishah dengan Alisa Balqis

 Yang kat tengah tu - Arienne Maisarah

 Farah alisa dengan Siti Zubaidah

 si penguin katek..hihi... Farah Alina

Si tembam - Amira Allysa Zulaikha

tak dapat nak capture semua.. ada yang tengah tidur.. ala yang malu-malu nak tangkap gambar.. heheehe..

Thursday, October 27, 2011

between two choices...

dear diary'ez...

i had to make decision either family and commitment...
both of them are important..
but i decide to choose family...
because family more important to me :)

Wednesday, October 26, 2011

my fav theme park..

24 oct 2011..

hai hai..eh.. assalammualaikum

bila i bising-bising kat my hubby cakap tension FYP* , die ngan rasa sukarelanya mengambil cuti untuk membawa i ke GENTING.. gugugu.. best wooo..

so, tepat jam 9 pagi setelah die mengejutkan i dari tido (kunun-kunun bangun lambat ar semalam tu wat fyp) hihi.. kami pun bergerak menaiki vios cumelnye... yehaaa..

sampai sana, beli tiket harga RM62/person - main all park (in&outdoor)...

gile best sebab genting sangat la seeejjjjukkkkk bangat!! tak rasa cam dok Malaysia la..seronok-seronok.. so, main itu ini...tangkap gambar itu ini... best best

tapi yang tak bestnya, apasal la i ni mudah sangat menangis bile main benda-benda ni...kata nak mengatasi fear la kununnye.. last2 menangis teresak-esak..hahaha..lawak la kaw...

 dalam monorail

 depan sg. rajang - abes basah main boat...cisss..

 first time belajar memanah..gile seronok..

 depan eiffel tower.. budget kat paris..

 depan statue of liberty... budget kat NY

 halloween party..yeay!!

 outdoor game..huhu

 kabus yang tebal kan kan kan

london bus...merah gitu..

att: FYP adalah final year project.. agak tepu juga memikirkan apa yg hendak ditulis di dalamnya.. help!! 

panggilan ilahi

22 oct 2011

alhamduillah, akhirnya nenek, makngah, pakngah dan mak izah akan menunaikan rukun islam yang kelima : menunaikan haji di mekah.. semuga segala-galanya berjalan dengan lancar... 
amin..


mereka sudah... kamu ni bila lagi.. hehehe.. :) insya allah... 


 selamat berangkat semua..

 mak ngah dan familinya

 nenek dan keluargaku... tapi kemek takde.. razi amek pic lak..

 ibu dan mak izah

 pak ngah..  

my familio...hoho.. kemek and razi where are u??

Thursday, August 11, 2011

toilet - the greatest invention?

salam semua...


semalam, i menghabiskan masa i dengan main game kat fb sambil layan drama kat tv3 - ramadhan terakhir dan kias ramadhan... tengah syok2 main game, then my dad tunjukkan sesuatu... my dad pun start tanya - " what do u think the greatest invention in the world?" , then i said - " i have no idea la pa. and what is it?"

" it is TOILET"

so,nampaknya toilet yang selama kita pandang kat bilik air je rupanya merupakan 'the greatest invention'. 

berikut merupakan keratan info daripada artikel yang dijumpai.



jika difikirkan secara logik, memang betol pun sebab kalau la kat dunia ni takde toilet yang menjadi tadahan untuk najis manusia dan disalurkan terus ke loji kumbahan, confem semua tempat akan berbau busuk bangat dan takde la tempat-tempat pelancongan yang menarik di dunia. 

sesungguhnya, kita haruslah bersyukur kerana telah menikmati nikmat menggunakan toilet sejak kecil lagi dan jangan lupa untuk mencuci toilet anda selepas digunakan :)