Thursday, November 17, 2011

Aaron Aziz... lucky to see u :D

salam semua...

i baru je balik dari tengok teater di istana budaya, tajuk Badai Semalam - lakonan mantap Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Emelda,Ziela Jalil,Jasmin Hamid dan pelakon dari istana budaya.

teater ini mengisahkan perjalanan hidup Mazni (lakonan Erra Fazira) yang berbelah bagi untuk memilih cinta, cita-cita dan pengorbanan. tidak semua keputusan yang kita buat dalam hidup kita boleh memuaskan hati semua orang..


Mazni seorang anak kepada orang gaji yang tinggal berteduh bersama ibunya, Makcik Bibah di rumah majikannya yang bernama En. Haris dan Pn. Rohana. En. Haris dan Pn. rohana mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Karim (lakonan Aaron Aziz). pada suatu hari karim membawa pulang Zaki (lakonan Fizz Fairuz) dan zaki terpikat kepada Mazni. sebelum ini, Karim tidak pernah memandang kepada Mazni, lebih-lebih lagi Mazni cuma la anak orang gaji dan Mazni juga menganggap Karim hanyalah sebagai abang. namun, selepas Karim ditimpa kemalangan, barulah cinta antara mereka berputik dan seterusnya menjadi pasangan kekasih. tidak diduga, Zaki juga menaruh perasaan kepada Mazni, namun, Mazni lebih bertindak memberi hatinya kepada Karim.

nampaknya, cerita panas daripada jiran-jiran yang iri hati lebih diterima daripada mendengar cerita betul. akibatnya, makcik habibah (ibu Mazni) kecewa dengan tuduhan Mazni mengandung dan akhirnya meninggal dunia. Mazni sangat sedih, namun menerima kematian ibunya dan dia bertekad untuk melangkah ke universiti walaupun ibunya telah tiada.

akhirnya, Mazni tetap mengambil keputusan untuk berkahwin dengan karim, walaupun mendapat tentangan daripada Pn. Rohana (ibu karim). bagi Pn. Rohana, Mazni tidak setaraf dengan keluarga mereka. Namun, Karim dan Mazni memilih untuk disatukan juga. walaupun sudah berkahwin, namun Mazni tetap dengan pelajarannya dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. oleh kerana demikian, Karim mula dengan tabiat dahulunya yang suka mencari perempuan dan berfoya-foya di disko bersama Dora (lakonan Jasmin Hamid).

satu hari, Mazni terjumpa keratan akhbat yang menulis berkenaan dengan zaki. agak lama mereka tidak  berjumpa apabila Mazni sudah berkahwin dengan Karim. Zaki telah pun mencapai cita-citanya untuk menjadi Doktor dan telah berkerja di salah sebuah hospital di Singapura. Nampaknya, mulut orang memang sukar untuk ditutup. ada sahaja yang ternampak mereka berdua, dan berita itu pantas tersebar hingga ke pengetahuan Karim. Karim berasa marah lantas memarahi dan bertindak untuk memukul Mazni. Akibatnya, Mazni dimasukkan ke hospital. ketika di hospital, Zaki memberitahu bahawa keputusan peperiksaan Mazni lulus. Karim tumpang gembira dengan keputusan itu dan meminta maaf kerana keterlanjurannya. Malangnya, Mazni tidak boleh menerima dan meminta dilepaskan.

Karim sangat kecewa dengan tindakannya dan tidak boleh menerima hakikat. justeru, Karim membuat satu keputusan di laur batasannya dan dia telah kehilangan nyawanya. Mazni berasa kecewa dan ingin memulakan hidup baru. tambahan pula, Mazni telah menerima tawaran belajar di Kuala Lumpur. Zaki ingin menagih kembali cinta lamanya namun Mazni enggan.

Hilanglah sebuah cinta, dan berharap agar Mazni boleh menemui cita-citanya tanpa perlu berkorban lagi...

Tiket - G ni bermaksud ketiga dari belakang tau... hoho


Aaron Aziz yang totally hensem... hehehe.. excited jap dapat tengok die face to face.. sebelah dia adalah fizz fairuz... pun not bad gak.. hensem... hehehe :) 
tetiba rambang mata lak bile tengok artis depan mata ~~~


kesimpulannya, teater badai semalam ni Mantap sey... prob dia gempak... ada rumah, hospital, boleh jadi tepi laut, sekolah... smart.. kereta pun boleh ada atas stage... berangan-angan nak berlakon atas pentas IB ni.. hoho... mampu ke?? no komen...

so, sapa-sapa yang tak tengok lagi, boleh la tengok.. pementasan ni sampai 20 november ;D

No comments:

Post a Comment