Thursday, December 2, 2010

fly back.. :(

Nov 28, 2010

assalammualaikum semua.. sebenarnya, i berat hati untuk menulis coretan untuk hari terakhir di bumi taiwan ini. sesungguhnya, perasaan tak mahu pulang ke negara sendiri sangat membara-bara.. malam terakhir di taiwan, kami berada di pasar malam Raohe St. Selama 5 jam berlegar2 di situ, kami sempat duduk dan bersembang untuk kali terakhir.. ternyata, hati ini berat sangat nak berpisah dengan Shafiq dan Anis.. Serius, sangat2 sedih ketika itu.. Namun, i masih boleh mengawal perasaan.. secara automatik selama kami berada di taiwan sepanjang 2minggu ni, banyak detik manis dan pahit yang kami lalui.. kebanyakannya bersama Anis dan Shafiq.. dat's why i call them my siblings.. dik ngah and dik cu.. hihi.. Anis is Dik Ngah and Shafiq is Dik Cu.. serius.. TAKNAK BALIK.. mungkin da memang takdir taknak bagi kami berpisah..(huhu) kami boleh tersesat di bandar taipei.. ntah mana jalan yang kami masuk..tak jumpa2 juga jalan pulang ke rumah mama.. hari makin gelap..dan jam telah menunjukkan hampir pukul 2.. setelah penat menapak sambil minum jus oren (Shafiq belanja..hihi) , akhirnya kami bersetuju menahan sebuah teksi.. dan sampai juga ke rumah mama.. bila sesat, bukannya kami bersedih atau memarahi satu sama lain... yang kelakarnya.. kami bertiga boleh ketawa terbahak2 dan bila sampai rumah terus cari peta dan wow..serius..jauh gile kami bertiga berjalan.. kununnya masing2 nak cari jalan short cut, last2 jadi long cut. hai..tapi itulah malam terakhir dan kenangan untuk kami bertiga..

tiket flight pukul 3.10 petang.. pagi2 lagi mama dah masakkan untuk kami dan jam 11.45 kami bertolak ke airport.. mama hanya mampu menghantar kami ke perhentian bas sahaja.. hai..ni lagi satu perkara yang susah kami bertiga nak lupakan.. seorang wanita yang bernama NORIAH JAAFAR menjaga kami seperti anak sendiri..segala2nya dijaga rapi. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki mama noriah..Beliau banyak menolong kami. Ternyata, hati ini sebak tatkala melihat mama menangis sambil melambai ke arah kami bertiga.. kenapalah kami berada di taiwan hanya untuk 2 minggu.. ;(


Di dalam bus, i terpikir... kami akan melalui 4 perpisahan dan 2 telah pun berlaku iaitu:

1) Perpisahan dengan NYUST, rakan2 di NYUST - Weylih, Kenny, Jeffrey, Annie, Laureen, Kiki dan Prof.JayJay..and others..
2) Perpisahan dengan mama Noriah
3) Perpisahan dengan bumi taiwan - ketika menaiki flight
4) Perpisahan antara kami bertiga - ni yang paling tak sanggup nak lalui

dalam flight, kami duduk bertiga... dari tepi Shafiq, Anis and i.. Thai duduk sebelah i but not in same side.. we are at right and he's at left side... Anis asik cakap taknak balik Malaysia... huuu.. i pun taknak balik juga.. bukan tak rindu family..tapi taiwan sangat memorable untuk kami..

tepat jam 8 mlm...kami tiba juga di Malaysia..ternyata segala2 berlainan.. wah..teringat balik masa mula2 sampai taiwan.. jika masa boleh diputar kembali..kami ingin berada pada 2 minggu itu.. Family Thai sudah sampai dan dia terpaksa pergi dahulu... i call papa and he still on the way.. Family Shafiq dan Anis pun da sampai... sempat la jumpa parents Shafiq.. ternyata Auntie Salmiah dan Uncle Adnan sangat baik orangnya.. Kakak Shafiq-Nadia, juga baik dan peramah.. huhu..tak kekok rasanya ingin berbual.. Mak Anis juga baik orangnya..Namun, tak sempat nak berbual, mereka juga harus pulang dahulu.. menangis2 time peluk anis...anis, thanks for everything..papa masih tak sampai dan i sangat terharu pabila Auntie Salmiah dan Nadia sudi menemaniku sehingga papa sampai...Uncle Adnan dan Shafiq mengambil kereta untuk diparkir ke tempat yang berhampiran dengan tempat kami menunggu.

gambar terakhir kami bertiga :(

Jam 9 malam, papa pun sampai.. namun, papa tidak sempat berjumpa dengan keluarga Shafiq kerana
1) kereta papa di'blok' oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.. aduh, orang tu,parking la elok2..
2) polis yang sentiasa meronda...jika meninggalkan kenderaan tanpa sesiapa di dalamnya, maka kenderaan itu akan disaman..

takpela.. mungkin lain kali boleh bawa ibu dan papa jumpa Auntie and Uncle dimana2.. lagipun Rawang dengan Ampang bukanlah jauh sangat.. Masih dalam Malaysia.hihi...

Selamat tinggal Taiwan.. Selamat tinggal Kenangan... Selamat tinggal adik-adikku.. Selamat tinggal semua!! :"(

No comments:

Post a Comment