Thursday, March 31, 2011

mencuri itu berdosa...

assalammualaikum (nada suara cm prof.izzi hj.ali) hoho..

hari ni i nak cerita kisah PANAS yang berlaku kat rumah sewa... sebenarnya benda ni da dekat dalam sebulan, tapi kami ignore je sebab pk malas la nak dipanjang2kan and taknak berlaku tuduh menuduh.. iyela..duduk pun satu rumah..nnt jadi bermasam-masam muka, tak elok la kan.. mangsa - mira hazwani sering mengadu kat kami berdua (ella n i) yang barang die kerap ilang... antara barang yang ilang adalah:
1) t-shirt baby milo...
2) lip gloss
3) wang RM10
4) wang RM50 yang diletak dalam sampul angpau dan ada kesan terbuka
5) seluar dalam (aish..ni pun maw curi ka??)
6) yg ni baru dua hari lepas...selipar die yang berharga RM40 ilang..

actually, kami mengesyaki dua orang individu di dalam rumah yang mungkin melakukan keja2 tak berfaedah ni.. sorang nama die I (nama dirahsiakan) dan sorang lagi S (nama dirahsiakan juga)..  kenapa kami mengesyaki mereka berdua kerana:
1) individu I sangat gemar mencari pasal dengan Mira dan ketika malam selipar Mira hilang, mereka berdua baru sahaja lepas bergaduh..iaitu pada malam isnin...
2) namun, ada lagi yang menjadi tanda tanya kerana selipar mira dikesan hilang apabila individu S yang kerap pulang lewat dan pada malam kejadian die pulang ke rumah dan keluar pada awal pagi..
3) dan apabila mira menyelongkar beg tangan individu S, mira menjumpai lip gloss mira berada di dalam beg tersebut...

jadi, kesimpulannya adakah selipar mira juga dicuri oleh individu S atau dibuang oleh individu I... ?? yang ni kami masih tidak mendapat jawapannya.

Jangan mencuri..berdosa.. ingat ye adik-adik.. ;)

p/s: air yasin telah pun diberi minum kepada semua penghuni rumah..harap2 ada yang mengadu dan insaf... amin... ;)

moral: jangan la kita mengambil sesuatu yang bukan hak kite... jika teringin atau tak mampu memiliki, lebih elok kite meminjam daripada tuan barang atau simpan duit tok beli... sesungguhnya perbuatan mencuri itu hanya merugikan diri sendiri... renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment