Thursday, November 17, 2011

Aaron Aziz... lucky to see u :D

salam semua...

i baru je balik dari tengok teater di istana budaya, tajuk Badai Semalam - lakonan mantap Aaron Aziz, Erra Fazira, Umie Aida, Emelda,Ziela Jalil,Jasmin Hamid dan pelakon dari istana budaya.

teater ini mengisahkan perjalanan hidup Mazni (lakonan Erra Fazira) yang berbelah bagi untuk memilih cinta, cita-cita dan pengorbanan. tidak semua keputusan yang kita buat dalam hidup kita boleh memuaskan hati semua orang..


Mazni seorang anak kepada orang gaji yang tinggal berteduh bersama ibunya, Makcik Bibah di rumah majikannya yang bernama En. Haris dan Pn. Rohana. En. Haris dan Pn. rohana mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Karim (lakonan Aaron Aziz). pada suatu hari karim membawa pulang Zaki (lakonan Fizz Fairuz) dan zaki terpikat kepada Mazni. sebelum ini, Karim tidak pernah memandang kepada Mazni, lebih-lebih lagi Mazni cuma la anak orang gaji dan Mazni juga menganggap Karim hanyalah sebagai abang. namun, selepas Karim ditimpa kemalangan, barulah cinta antara mereka berputik dan seterusnya menjadi pasangan kekasih. tidak diduga, Zaki juga menaruh perasaan kepada Mazni, namun, Mazni lebih bertindak memberi hatinya kepada Karim.

nampaknya, cerita panas daripada jiran-jiran yang iri hati lebih diterima daripada mendengar cerita betul. akibatnya, makcik habibah (ibu Mazni) kecewa dengan tuduhan Mazni mengandung dan akhirnya meninggal dunia. Mazni sangat sedih, namun menerima kematian ibunya dan dia bertekad untuk melangkah ke universiti walaupun ibunya telah tiada.

akhirnya, Mazni tetap mengambil keputusan untuk berkahwin dengan karim, walaupun mendapat tentangan daripada Pn. Rohana (ibu karim). bagi Pn. Rohana, Mazni tidak setaraf dengan keluarga mereka. Namun, Karim dan Mazni memilih untuk disatukan juga. walaupun sudah berkahwin, namun Mazni tetap dengan pelajarannya dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. oleh kerana demikian, Karim mula dengan tabiat dahulunya yang suka mencari perempuan dan berfoya-foya di disko bersama Dora (lakonan Jasmin Hamid).

satu hari, Mazni terjumpa keratan akhbat yang menulis berkenaan dengan zaki. agak lama mereka tidak  berjumpa apabila Mazni sudah berkahwin dengan Karim. Zaki telah pun mencapai cita-citanya untuk menjadi Doktor dan telah berkerja di salah sebuah hospital di Singapura. Nampaknya, mulut orang memang sukar untuk ditutup. ada sahaja yang ternampak mereka berdua, dan berita itu pantas tersebar hingga ke pengetahuan Karim. Karim berasa marah lantas memarahi dan bertindak untuk memukul Mazni. Akibatnya, Mazni dimasukkan ke hospital. ketika di hospital, Zaki memberitahu bahawa keputusan peperiksaan Mazni lulus. Karim tumpang gembira dengan keputusan itu dan meminta maaf kerana keterlanjurannya. Malangnya, Mazni tidak boleh menerima dan meminta dilepaskan.

Karim sangat kecewa dengan tindakannya dan tidak boleh menerima hakikat. justeru, Karim membuat satu keputusan di laur batasannya dan dia telah kehilangan nyawanya. Mazni berasa kecewa dan ingin memulakan hidup baru. tambahan pula, Mazni telah menerima tawaran belajar di Kuala Lumpur. Zaki ingin menagih kembali cinta lamanya namun Mazni enggan.

Hilanglah sebuah cinta, dan berharap agar Mazni boleh menemui cita-citanya tanpa perlu berkorban lagi...

Tiket - G ni bermaksud ketiga dari belakang tau... hoho


Aaron Aziz yang totally hensem... hehehe.. excited jap dapat tengok die face to face.. sebelah dia adalah fizz fairuz... pun not bad gak.. hensem... hehehe :) 
tetiba rambang mata lak bile tengok artis depan mata ~~~


kesimpulannya, teater badai semalam ni Mantap sey... prob dia gempak... ada rumah, hospital, boleh jadi tepi laut, sekolah... smart.. kereta pun boleh ada atas stage... berangan-angan nak berlakon atas pentas IB ni.. hoho... mampu ke?? no komen...

so, sapa-sapa yang tak tengok lagi, boleh la tengok.. pementasan ni sampai 20 november ;D

Wednesday, November 16, 2011

Sup UK...

entry ini ditulis sangat lambat... sampai tarikh dan hari kejadian pun da tak ingat..hihi.. (daya ingatan yang lemah)...

one nite (hari tu la), my gud gud fren, Auji Nabilah ajak g dinner... kunun nak makan jauh la... kat bangi.. huhu.. so, bila da sampai Bangi tu, try la cari sumthing yang jarang di makan...

so, she's suggested untuk try 'pekena' sup UK... hah? apa UK tu ek.. rupanya sup Urat Keting... mmm... apa tu? serius tak pernah tengok... so, jom la tengok... dan rasa...


Urat keting ni merupakan urat kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti lemak.. untuk mengasingkan lemak tu, urat keting tu perlu direbus... sebelum ni, memang ramai yang pernah cakap sup urat keting ni sedap... so, nak try rasa la..


the result is ----> sup ni memang super duper marvelous.. sedapla... urat keting tu ok la.. rasa liat-liat... but nice.. ok la.. sebab memang tak pernah makan sebelum ni.. jadi memang rasa sedap.. so, maybe boleh datang sini lagi untuk rasa sup UK..huhu

kat situ pun ada jual satay.. nice jugak la satay dia... RM 5 dapat 8 cucuk satay...


 Auji dan Anis

Double 'Ira'..hehehe

so, sapa-sape yang tak pernah cuba dan nak cuba.. boleh la datang ke alamat berikut:
Restoran Sup Ketin,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi,
Selangor

enjoy.. :)

Monday, November 7, 2011

aidil adha's trip...

salam semua...

PANGKOR!!!! here we are... hehehe

sempena hari raya adil adha, kami takde la buat kurban seperti orang lain, tetapi... kami menggunakan cuti yang ada dengan mengadakan satu aktiviti bersama keluarga.. al-maklumla, bila da besar2 ni.. semuanya da asek sibuk dengan assignment la..itu..ini... jadi, bila semua da berkumpul, apa lagi holiday la..hehehe..

pangkor menjadi destinasi pilihan kerana dekat (dekat ke, 4 jam kot dari rawang) dan sebab tak pernah pergi lagi.. kerana bertolak dari rumah lambat... jadi kami sampai di pangkor pukul 2 petang... ketika sampai, hujan turun dengan lebat.. jadi kami berfikir, sia-sia je datang ke mari.. papa pun seloroh, kata : tu la tak tengok lagi ramalan cuaca.. masing-masing dan frustrated...hihi

tapi, mungkin rezeki kami, hujan akhirnya berhenti dan kami pun membeli tiket untuk naik feri... untuk ke pulau pangkor, kita kena naik feri dari lumut ke pangkor. perjalanan feri mengambil masa 30 minit dengan tiket berharga rm10.

menaiki feri

 tiket pergi balik = RM10

keadaan dalam feri


Pulau Pangkor.. tak seperti dalam bayangan... ok la untuk berbulan madu...hehehe.. untuk mandi2 memang nais... hihi... kitaorang adik-beradik memang bergambar sakan la kat sana... kalau nak meronda kat pangkor tu, kena naek moto... so, kami sewa 4 moto dengan harga RM80...



seriously, advance gile jalan kat pangkor.. dah macam explore race pun ada... hehehe... seronokla... pastu ada kota belanda kat sana, batu bersurat.. tapi batu bersurat dia takde surat.. tinggal batu je.. huhu






peta pangkor....

alamak, terbalik lak... sorry...

pastu kat Pangkor, ada incinerator tu..huhu... yela.. kat pangkor kat mane la nak korek tanah tok wat landfill.. 


Pangkor ni best.. seronok la.. udara nyaman... rasa tenang je... tapi ada certain2 tempat... ada yang tempat banyak pokok... seronok la.. hijau je... tapi ada certain tempat, penuh dengan sampah-sarap... coastal area dia pun tak berapa nak bersih.. kotor... rugi la tempat perlancongan camni tak dijaga.. kalau dijaga mesti banyak pelancong datang...

so, bagi sapa-sapa yang nak melancong boleh la datang ke Pangkor.. tapi cari kawasan yang bersih sikit la.. kedai makan pun banyak.. cuma time kami pergi tu cuti raya haji... jadi banyak kedai tutup..

end up cerita hari ini... insya allah ada cerita lain lagi... daaa ~~

Saturday, November 5, 2011

si kuning coming home...ngeh ngeh...

salam salam salam...

hari ni xcited sangat2 sebab VAN KUNING ibu dah boleh bawak balik rumah... hehehehe... tapi lama gak la nak tunggu van ibu ni dimekapkan oleh sang pakar tinted..hehehe...

first time naik van sekolah...hohoho.. yela..dulu kan sekolah asrama...so, mana ada peluang nak naik van sekolah... best2.. cam naik lori je... tinggi kot...





best-best... hehehe... semoga ibu terus success dalam kareer yg diminatinya :)

xpdc cari makan...

4/11/2011

salam semua...

gosh !! kedai makan kat depan kolej ni tak bukak... so, xpdc mencari makan bersama ema dan ira diteruskan...

cari nye cari last-last kedai kat belakang library....


alhamduillah, walaupun foodcourt tutup, at least masih ada yg bukak...

Thursday, November 3, 2011

be strong ya my frens...

dear diary'ez..

hari ini (semalam sebenarnya), i menerima beberapa berita yang kurang baik dari kawan-kawan i.. cian dorang.. i just boleh doakan kebaikan dan kesejahteraan untuk mereka. nak menolong, masih tak mampu..

dear Auji Nabilah,
kak ira harap, mama abbie cepat sembuh.. abbie tabah ye.. harap-harap ianya tak seteruk yg i bayangkan.. i taw abbie strong, boleh handle semua masalah dengan ok.. dalam keadaan yang banyak gile keje, dapat info mama dia kat hospital, kalau i, tak taw camne nak handle... abbie, be strong.. :)

Dear Nur Hazirah Aqilah,
serius terkejut dengar rumah hezy kena pecah masuk.. sangat-sangat cuak.. tak tau la kalau i yang ada dalam keadaan tu.. serius tak taw nak buat apa.. da la duduk di rumah sorang-sorang, lepas tu ada lelaki tak dikenali pulak datang dan cuba membuka rumah tersebut.. mujurlah, rumah hezy ada grill di sebelah dalam. at least, sempat nak minta tolong or call sape2... hezy, jaga keselamatan ok... :)

Dear unknown fren,
first time dalam my history, tak pernah tengok accident happen depan mata.. kalau yang dah berlaku ada la.. ni i tengok dari awal sampai akhir.. firstly i tengok student tu naik bus.. yes, bus tu da totally penuh tapi i paham perasaan nak balik kampung tu mmg sangat tinggi, so penuh or tak, dia try to get in dalam bus tu.. and maybe pintu bas masih belum ditutup dan bus bergerak. mungkin disebabkan momentum jadi student yang lain mungkin tertolak-tolak dan menyebabkan student tu terjatuh dari bus.. sangat bernasib baik dia jatuh jauh dari tayar bus, kalau dia terlentang, ada harapan dilanggar oleh bus berkenaan... takutnya... dan ramai orang di bus stop yang datang membantu. sangat kecian. i time tu dah kat dalam bus KTP.. bus yang di jatuh tu, adalah bus komuter..  to unknown fren, i hope u will be ok.. kalau i maybe trauma nek bus da..

Dear our food court premises,
seriously, i balik dalam keadaan lapar gile nak mampus, turun bus i tengok food court lengang.. i lega sebab time tu da pukul 5.. selalunya student da ramai beli makanan.. so, i dengan senang hati pergi ke tempat biasa yg i suka beli - tetiba ada orang ckp, " Dik, kami da tutup dik.. semua kena tutup".. OMG!! apa ni..aku lapar gile kot.. takkan tak boleh beli makanan.. cari-cari kedai, mujur Marrybrown bukak lagi.. nasib baik... so, pesan makanan, tengok dorang pun cam ngah kemas-kemas barang. jadi, i pun meramahkan diri untuk bertanya. tanya punya tanya, rupanya pihak jabatan kesihatan datang buat pemeriksaan. kebanyakkan mereka takde suntikan untuk melayakkan mereka menjual makanan. yela, maybe they take some safety action untuk student-student.. tapi masalahnya lama kot... 14 hari.. kat mana nak makan nanti weh... kurus keding la i lepas ni... :(

nampaknya hari ni ada banyak problem bertimpa-timpa.. harap semuanya ok dan tabah.. i pun try jadi ok dan tabah.....