Tuesday, December 14, 2010

a month after.....

Dec 15, 2010

salam semua.. <3

erm.. hari ni bos takde kat opis, supervisor pun takde..designer pun takde.. budak2 site pun takde..tinggalla i berdua je ngan kerani-ella. busan3... so, nak watpe la hari ni ek..keje pun da setle..hmm..

i pandang la kalendar..owh..da 15 hb.. so, dengan serta merta dan sepantas kilatnya teringatla sebulan yg lalu.. pada tarikh 15 hb, ketika itu i di Taiwan bersama 3 org lagi kawan2 i (actually da bukan kawan kot..but claimed as a sibling) ..owh..miss them damn much!!

ni la gambar yg sgt b'makna.. turun2 dari flight je terus nampak benda ni dan shafiq terus je snap..
but now, we at Malaysia..no Taiwan anymore :(


walaupun taiwan bukanla negara islam, but the people there are so warm, friendly and the most important are honest!! kenapa i cakap cmtu? sebabnya.. 
1) mereka boleh meletakkan basikal di mana2 sahaja dengan melekapkan kunci basikal sahaja..
2) walaupun kita tertinggal kamera (contoh DSLR ke) di mana2.. tiada siapa yg akan mengambil sehinggala tuan punya kamera tu jumpa balik kamera die..
3) duit letak merata2 kat bilik pun, takde orang yang ambil..

bestkan.. tapi bila pk2 balik, it is the small country and it prefer to manage nicely. lagipun semuanya satu bangsa, dan senang nak uruskan... i always remember :

* lori sampahnya yang berwarna kuning - have a nice sounds.. hihi...sharp 5 pm, the lorries will came and collected the rubbish..
* the bicycle - anywhere that we wanted to go, always with bicycle..
* 5pm, already dark - a long nite there..hihi
* 19 degree - gigil2 kat sana..
* a dorm with 4 high bed - katilnya tinggi..hihi..untuk menjimatkan ruang mmg bagus..tp gayat..:(
* friends - met with many nice friends like - weylih, kenny, laureen, annie, jefrrey and many more..
* snow ABC - seriously delicious!
* Yuntech - green university.. :)


nak ke taiwan lagi.. tapi kalau boleh ingin ke taiwan bersama anis dan shafiq lagi... :(


Wednesday, December 8, 2010

life.life.life..

salam semua.. <3

Dec 9,2010

nampaknya da hampir dua minggu, ku meninggalkan taiwan..tapi rasanya macam baru semalam sampai Malaysia..uh..nak balik Taiwan..(mode: tak sedar diri)..dua minggu ni apa yang berlaku?

* da start praktikal..nampaknya kerja terlalu banyak.. da boleh declare as a "DRAFTWOMAN" hehe..
* da start dok rumah sewa.. dapat bilik sorang2...yeah!!
* kat opis pun da de personal comp & table.. syg bos.hihi
* celebrate anniversary ibu & papa yg ke 26..love both of u!!
* surprise cake from my ibu... besar dan sangat sdp..ada strawberry yg banyak..nyum2..
* still merindui Anis & Shafiq... whole day asik ingat dorg je..hurm..

my wish:
hope the time at taiwan will be rewind.. but i don't think so..hurm T T

daa...

Thursday, December 2, 2010

fly back.. :(

Nov 28, 2010

assalammualaikum semua.. sebenarnya, i berat hati untuk menulis coretan untuk hari terakhir di bumi taiwan ini. sesungguhnya, perasaan tak mahu pulang ke negara sendiri sangat membara-bara.. malam terakhir di taiwan, kami berada di pasar malam Raohe St. Selama 5 jam berlegar2 di situ, kami sempat duduk dan bersembang untuk kali terakhir.. ternyata, hati ini berat sangat nak berpisah dengan Shafiq dan Anis.. Serius, sangat2 sedih ketika itu.. Namun, i masih boleh mengawal perasaan.. secara automatik selama kami berada di taiwan sepanjang 2minggu ni, banyak detik manis dan pahit yang kami lalui.. kebanyakannya bersama Anis dan Shafiq.. dat's why i call them my siblings.. dik ngah and dik cu.. hihi.. Anis is Dik Ngah and Shafiq is Dik Cu.. serius.. TAKNAK BALIK.. mungkin da memang takdir taknak bagi kami berpisah..(huhu) kami boleh tersesat di bandar taipei.. ntah mana jalan yang kami masuk..tak jumpa2 juga jalan pulang ke rumah mama.. hari makin gelap..dan jam telah menunjukkan hampir pukul 2.. setelah penat menapak sambil minum jus oren (Shafiq belanja..hihi) , akhirnya kami bersetuju menahan sebuah teksi.. dan sampai juga ke rumah mama.. bila sesat, bukannya kami bersedih atau memarahi satu sama lain... yang kelakarnya.. kami bertiga boleh ketawa terbahak2 dan bila sampai rumah terus cari peta dan wow..serius..jauh gile kami bertiga berjalan.. kununnya masing2 nak cari jalan short cut, last2 jadi long cut. hai..tapi itulah malam terakhir dan kenangan untuk kami bertiga..

tiket flight pukul 3.10 petang.. pagi2 lagi mama dah masakkan untuk kami dan jam 11.45 kami bertolak ke airport.. mama hanya mampu menghantar kami ke perhentian bas sahaja.. hai..ni lagi satu perkara yang susah kami bertiga nak lupakan.. seorang wanita yang bernama NORIAH JAAFAR menjaga kami seperti anak sendiri..segala2nya dijaga rapi. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki mama noriah..Beliau banyak menolong kami. Ternyata, hati ini sebak tatkala melihat mama menangis sambil melambai ke arah kami bertiga.. kenapalah kami berada di taiwan hanya untuk 2 minggu.. ;(


Di dalam bus, i terpikir... kami akan melalui 4 perpisahan dan 2 telah pun berlaku iaitu:

1) Perpisahan dengan NYUST, rakan2 di NYUST - Weylih, Kenny, Jeffrey, Annie, Laureen, Kiki dan Prof.JayJay..and others..
2) Perpisahan dengan mama Noriah
3) Perpisahan dengan bumi taiwan - ketika menaiki flight
4) Perpisahan antara kami bertiga - ni yang paling tak sanggup nak lalui

dalam flight, kami duduk bertiga... dari tepi Shafiq, Anis and i.. Thai duduk sebelah i but not in same side.. we are at right and he's at left side... Anis asik cakap taknak balik Malaysia... huuu.. i pun taknak balik juga.. bukan tak rindu family..tapi taiwan sangat memorable untuk kami..

tepat jam 8 mlm...kami tiba juga di Malaysia..ternyata segala2 berlainan.. wah..teringat balik masa mula2 sampai taiwan.. jika masa boleh diputar kembali..kami ingin berada pada 2 minggu itu.. Family Thai sudah sampai dan dia terpaksa pergi dahulu... i call papa and he still on the way.. Family Shafiq dan Anis pun da sampai... sempat la jumpa parents Shafiq.. ternyata Auntie Salmiah dan Uncle Adnan sangat baik orangnya.. Kakak Shafiq-Nadia, juga baik dan peramah.. huhu..tak kekok rasanya ingin berbual.. Mak Anis juga baik orangnya..Namun, tak sempat nak berbual, mereka juga harus pulang dahulu.. menangis2 time peluk anis...anis, thanks for everything..papa masih tak sampai dan i sangat terharu pabila Auntie Salmiah dan Nadia sudi menemaniku sehingga papa sampai...Uncle Adnan dan Shafiq mengambil kereta untuk diparkir ke tempat yang berhampiran dengan tempat kami menunggu.

gambar terakhir kami bertiga :(

Jam 9 malam, papa pun sampai.. namun, papa tidak sempat berjumpa dengan keluarga Shafiq kerana
1) kereta papa di'blok' oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab.. aduh, orang tu,parking la elok2..
2) polis yang sentiasa meronda...jika meninggalkan kenderaan tanpa sesiapa di dalamnya, maka kenderaan itu akan disaman..

takpela.. mungkin lain kali boleh bawa ibu dan papa jumpa Auntie and Uncle dimana2.. lagipun Rawang dengan Ampang bukanlah jauh sangat.. Masih dalam Malaysia.hihi...

Selamat tinggal Taiwan.. Selamat tinggal Kenangan... Selamat tinggal adik-adikku.. Selamat tinggal semua!! :"(

Monday, November 29, 2010

2nd tallest building.. ;)

Nov 27, 2010

salam semua... i'm back untuk menulis dua lagi cerita yang sangat menarik bagi i and memorable sebab tak taw lagi bila akan kembali ke taiwan lagi.. seperti yang kami rancang, kami bertiga dan ditemani oleh auntie noriah..(opps.. we need to call her "MAMA"..sweet2).. kami akan ke Taipei 101.. iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia setakat ini...jadi, sebelum berjalan2, mama kata kita kena makan dulu... so, lauk hari ni adalah AYAM GORENG... anis dan shafiq.. betul ke kita nampak ayam goreng ni... wah..selalu dok tengok cte upin ipin je pasal ayam.. tak sangka dapat jugak makan ayam kat taiwan ni... syukurnya...so, kami pun makan dengan begitu berselera sekali.. tambah2 lagi, semua lauk yang mama masak sangat sedap... terima kasih mama sebab masakkan kami makanan yang sedap2 lagi2 ayam goreng tu... :)

jam 2.00 petang, kami bersiap2 dan keluar untuk ke tempat yang dituju iaitu Taipei 101.. sebenarnya dari rumah mama pun kami da nampak da bangunan tu, cuma kalau boleh nak menghampiri bangunan yang dikatakan yang kedua tertinggi di dunia... kami perlu menaiki bas yang bernombor 612 dengan tambang 15 dollar untuk sampai ke tempat yang dituju.. suasana pada petang itu sejuk dan berangin... seronoknya kalau Malaysia pun macam ni.. ;)

 ni kawasan rumah mama..

 di perhentian bas..

kami bersama mama..

setelah beberapa minit menunggu, bus 612 pun sampai.. berdebar2 jugak la nak ke taipei 101.. yela.. bangunan yang menjadi kebanggaan penduduk di taiwan.. bila da sampai..wow..bestnya... rasa macam mimpi je boleh sampai ke sini... so, apalagi adik2ku dan mama.. jom kita bergambar.. :)





















Sunday, November 28, 2010

mama baru...

Nov 26, 2010

salam semua.. apa khabar? hari ni hari yang sangat sedih untuk kami berempat kerana kami bakal meninggalkan NYUST ni... ya allah..cepatnya masa berlalu... tahu2 dah hari jumaat.. dan beberapa sahaja lagi kami bakal meninggalkan negara taiwan ni... sedihnya... pagi2 kami da bangun untuk mengemas segala barang2 dan memulangkan segala2 barang yang telah kami pinjam dari NYUST.. contohnya seperti basikal, kunci bilik, kabel internet dan juga membayar segala yuran... tepat jam 1.30 tengahari, bergeraklah kami ke Douliou Railway Station untuk ke Taipei...

 gambar terakhir di NYUST

hampir 3 jam barulah kami tiba di taipei.. Namun, masih belum tiba di tempat yang ingin dituju... iaitu RUMAH AUNTIE NORIAH, iaitu makcik Shafiq..sebenarnya, segan juga nak g situ.. macam mana la ek auntie Shafiq tu..ok ke tak.. takut dia pikir lain pula bila tengok Shafiq bawak gadis2.. (huhu..padahal kami berdua ni da tua2 da pun, lagi2 i)... kami mengambil dua buah teksi untuk ke rumah auntie kerana muatan barang yang begitu banyak.. jadi satu taxi - Thai dengan Anis da satu taxi lagi - Shafiq dengan i.. tapi yang kelakarnya, nak ke rumah auntie Shafiq, tapi Thai yang tunjukkan jalan.. maksud sebenarnya : KAMI BERDUA SESAT... hehehe.. ala, bukan salah kami.. pakcik taxi tu tak pandai cakap bi.. dan kami tak tahu macam mana nak terangkan pada pakcik taxi tu dan akhirnya Thai yang menolong kami menunjukkan arah jalan.. selamat juga kami berempat sampai..yeah!! kami disambut baik oleh Auntie Noriah dan ternyata orangnya sangat2 baik dan peramah... wow..seronoknya.. hilang segala keraguan yang ada..

ruang makan.. cantiknya :)

alhamduillah..sedapnya lauk hari ni..serius berselera.. nyum2..terima kasih auntie..:)
Allah je yang mampu membalas semua kebaikannya kepada kami..

 Syukur sangat kat Allah S.W.T kerana menemukan kami dengan insan sebaik auntie noriah.. dan syukur sangat kepada Shafiq, kerana kalau bukan die yang menjemput kami, kami pun tak merasa masakan malaysia pada malam itu.. terima kasih banyak2 Shafiq.. Shafiq la adik yang paling baik.. :)

ada lagi dua cerita yang best bakal ditulis.. tunggu.. :) selamat malam semua..

Thursday, November 25, 2010

its the time.. yeah!

Nov 25, 2010

salam, morning everyone.. hoho.. hari ini merupakan hari yang sangat penting buat kami berempat.. kenapa ye? sebab hari ini ada PRESENTATION... erk..cuaknya... so, sebelum presentation bermula... kami ada lunch dengan dekan dari college of engineering... tapi yang menjadi masalahnya... WE WERE LATE!!!! omg, pukul 11.38 Shafiq kol.. time tu kami baru je beberapa saat bangun... owh..serius tak ingat yang hari ni ada lunch dengan den.. so, bersiapla kami sepantas yang mungkin..pukul 12.02 kami turun, baru baca msg Shafiq yang mereka kena pergi dulu.. hopefully, they will cover us.. huh..doa2.. matilah.. da la student exchange... pastu wat masalah camni lak... so, apa lagi anos... jom merempit ke fac dengan basikal.. yehaa.. dengan berbaju kurungnya kami merempit sepantas yang mungkin....vrooom....

sampai2, serius buat muka tak bersalah, terus minta maaf dengan dean tu.. mujur la die ok dan sgt baek.. siap tarikkan kerusi untuk kami berdua tu..owh..gentlenya.. hihi.. dan seperti biasa kami berbual2 perkara yang mengenai diri, fac dan sebagainya... dan selepas makan...hohoho... PRESENTATION.. get ready guys.. :)

 kad yang kami beri kepada Prof.Jay Jay.. suke betol die..

 Bersama Prof. Jay jay

 Makan :)

 Shafiq and Thai..

 Bergambar lagi.. :)

 Kami berempat... 

 perjalanan ke tempat nak present..

 our presentation :) go go..
 huhu..semangatnya..



akhirnya, settle juga presentation kami.. lega...satu demi satu cabaran kami hadapi, dan alhamduillah..semuanya mampu kami tempuhi dengan jayanya.. wah...

terima kasih semua kerana banyak menolong kami berempat.. semuga kita juga boleh bertemu lagi..

hoho..tata..
(blog ini ditulis ketika dalam keadaan sakit dan muntah2 yang berterusan...semuga i cepat sembuh.. kesian kawan2 i excited nak g taipei jumaat esok... hope so much that i can make their happy with that.. )

farewell party... hihi

salam everybody... i'm here again, coming with another story.. tapi sebelum ni.. nak bersedih2an dulu... sob sob.. semalam mimpi ibu dengan papa... owh..really2 miss both of u... ni yang wat tak sabar nak balik malaysia.. hihi.. papa, jangan lupa ye amek along nanti pukul 8 di airport... nak peluk cium semua org di rumah... and excited nak bagi gift .. hoho.. hopefully u all happy with that.. <3

 i love u so much ibu and papa <3 <3 <3

 6 of us.. :) miss2

 ieya, iwan, wani and amy

 razi..the youngest one... miss so much

wait for me my dearest family...
:) :'(

Nov 24, 2010

its nothing interested today.. we juz having a class with Prof. Jay Jay and one guess lecturer from US.. learn about the hazardous wastes.. 3 of us (Shafiq, Anis and i) was late and buat muka tak malu je masuk kelas... we're very sorry because not find where the class and wait for someone to take us.. hihi.. da nak masuk dua minggu pun masih tak ingat kelas kat ne.. actually, this nite was our big dinner.. yeah... pagi2 lagi anis and i da g carrefour find some vegetable, squid, and others thing.. sampai ke Douliou Station for find tomato... and lost.. sebenarnya, plan sebenar nak g ngan Shafiq, so anis boleh prepare ape2 je kat bilik.. but dari pukul 8.45 sampai 10.00 kejut Shafiq tak bangun2.. adeh.. Shafiq, bangunla.. tapi tak bangun jugak.. its ok la.. Anis kata die temankan i...so, jom g carrefour.. 

class abes pukul 5...so, bergegasla kami berdua balik bilik prepare macam2... wah.. tak sangka hari ni ramainya org nak datang makan.. anis,cukup ke ni..?? takpe2.. kita sangka baik.. janji dengan orang start 8.30 malam, tapi kami tak turun2 lagi... pukul 9 Shafiq kol, tanya mane kami.. hahaha.. maafla.. kami tak cukup tangan nak mengangkat semua.. pastu tiba2 periuk tom yam ni tak ley bukak lak.. adeh.. ha..lupa nak bagitaw..kami masak Tom Yam, Telur Dadar, Sayur Kailan, dan Sardin hari ni.. dan Shafiq pun bawak sambal ikan bilis.. nyum2.. tetamu yang datang...: Laureen and Roger, Kiki, Wey Lih, Kenny, Annie, Jeffrey, and Wendy... takut jugak dorang tak boleh terima Tom Yam ni tapi rupa2nya siap tambah berkali2.. Alhamduillah Anis... dorang suka rupanya..tak sia2 kita dok merisaw kat bilik tadi.. kami yang berempat ni da macam waiter and waitress dok melayan mereka makan... habis jugak tomyam.. hoho.. Anis lepas ni boleh bukak kedai la nampaknya.. :)  tom yam tu recipe anis... so, dua tiga kali gak la mereka tambah... seronoknya tengok dorang makan dengan begitu berselera.. :D
















semuanya nampak happy dan harap2 mmg btolla dorg happy merasai makanan dari malaysia.. ni last makan besar ngan dorang semua.. ntah bila nak bersama lagi.. :(

tata... jumpa lagi.. ;)