Sunday, November 28, 2010

mama baru...

Nov 26, 2010

salam semua.. apa khabar? hari ni hari yang sangat sedih untuk kami berempat kerana kami bakal meninggalkan NYUST ni... ya allah..cepatnya masa berlalu... tahu2 dah hari jumaat.. dan beberapa sahaja lagi kami bakal meninggalkan negara taiwan ni... sedihnya... pagi2 kami da bangun untuk mengemas segala barang2 dan memulangkan segala2 barang yang telah kami pinjam dari NYUST.. contohnya seperti basikal, kunci bilik, kabel internet dan juga membayar segala yuran... tepat jam 1.30 tengahari, bergeraklah kami ke Douliou Railway Station untuk ke Taipei...

 gambar terakhir di NYUST

hampir 3 jam barulah kami tiba di taipei.. Namun, masih belum tiba di tempat yang ingin dituju... iaitu RUMAH AUNTIE NORIAH, iaitu makcik Shafiq..sebenarnya, segan juga nak g situ.. macam mana la ek auntie Shafiq tu..ok ke tak.. takut dia pikir lain pula bila tengok Shafiq bawak gadis2.. (huhu..padahal kami berdua ni da tua2 da pun, lagi2 i)... kami mengambil dua buah teksi untuk ke rumah auntie kerana muatan barang yang begitu banyak.. jadi satu taxi - Thai dengan Anis da satu taxi lagi - Shafiq dengan i.. tapi yang kelakarnya, nak ke rumah auntie Shafiq, tapi Thai yang tunjukkan jalan.. maksud sebenarnya : KAMI BERDUA SESAT... hehehe.. ala, bukan salah kami.. pakcik taxi tu tak pandai cakap bi.. dan kami tak tahu macam mana nak terangkan pada pakcik taxi tu dan akhirnya Thai yang menolong kami menunjukkan arah jalan.. selamat juga kami berempat sampai..yeah!! kami disambut baik oleh Auntie Noriah dan ternyata orangnya sangat2 baik dan peramah... wow..seronoknya.. hilang segala keraguan yang ada..

ruang makan.. cantiknya :)

alhamduillah..sedapnya lauk hari ni..serius berselera.. nyum2..terima kasih auntie..:)
Allah je yang mampu membalas semua kebaikannya kepada kami..

 Syukur sangat kat Allah S.W.T kerana menemukan kami dengan insan sebaik auntie noriah.. dan syukur sangat kepada Shafiq, kerana kalau bukan die yang menjemput kami, kami pun tak merasa masakan malaysia pada malam itu.. terima kasih banyak2 Shafiq.. Shafiq la adik yang paling baik.. :)

ada lagi dua cerita yang best bakal ditulis.. tunggu.. :) selamat malam semua..

No comments:

Post a Comment