Wednesday, November 24, 2010

running out...

Nov 23, 2010
assalammualaikum.. berjumpa lagi kita di segmen yang seterusnya.. terima kasih kerana masih setia menjadi pembaca blog ini... dan pada hari ini, i ada story mory yang menarik tok anda semua.. let's check it out.. :)

8.20 pagi - 10.00 pagi
finally, setelah genap 10 hari di sini, kami berjaya masuk ke dalam kelas juga... belajar dengan student2 taiwan... hoho.. selalu kat UPM, kita tengok student2 foreigner dok masuk kelas kite, kite punya la jakun kan, sekarang giliran kami berempat pula untuk 'dijakuni' oleh student2 taiwan, lebih2 lagi kami yang gadis2 ni... mana taknya, mereka sangat hairan melihat kami bertudung.. huhu.. mana2 kami pergi, orang mesti perhatikan kami.. takpelah eiyrah sofyah... kata nak jadi artis kan.. kena la tahan dengan pemerhatian org... cewah... (bak kata Thai).. huhu.. pagi ini, kami masuk ke kelas Dr.... (alamak, tak ingat namanya ape).. dan belajar mengenai 'Safety Life and Application'. beliau menunjukkan kami dan pelajar kelasnya video mengenai 'Man-Made: Tunnel Hsuehsan Marvel'... terowong ini berukuran 12.292km dan menjadikan ia terowong kelima terpanjang di dunia.. terowong ini menghubungkan antara Taipei dan juga tenggara bandar Yilan dan jika mereka menggunakan terowong ini perjalanan boleh disingkatkan daripada 2 jam kepada 30 minit sahaja... wow, cepat dan pantasnya!

 bahagian depan terowong

 Hsuehshan Tunnel :)

 keadaan di dalam terowong

Pembinaan terowong ini mengambil masa selama 15 tahun... (lamanya) iaitu dari Julai 1991 hingga June 2006.. pembinaan terowong ini menggunakan kos sebanyak 90.6 juta Taiwan Dollar untuk menyiapkannya. Pembinaan ini juga menggunakan 370,000 cubic meter konkrit, 2000 kilometer kabel dan juga 2000 lampu. Sebenarnya, kerja membina terowong ini merupakan pekerjaan yang paling bahaya kerana ia dibina di  bawah gunung dan keadaan air bawah tanahnya agak mencemaskan kerana air bawah tanah turun dalam keadaan yang sangat banyak dan agak merisaukan semua orang di situ... huh! beraninya la dorang ni wat keje2 cam ni.. bagi sesiapa yang nak lihat perjalanan pembinaan terowong ini boleh la click pada link:
http://www.youtube.com/watch?v=Kzbe2X2NCFU
 rajinnye.. anak sape la ni.. :)

 Kami di dalam kelas

 Bergambar dengan rakan2 kelas

Bersama pensyarah yang mengajar kami..

3.15 petang - 12.30 malam

selepas kelas, kami pun pulang ke dorm untuk makan tengahari.. menu hari ini ada sardin dan telur mata kerbau.. nyum2... sedapnya.. tapi kalau dapat ayam lagi sedap.. :( lepas tu, Shafiq kol tanya, "kak ira dan anis nak g taichung tak? thai ajak".. wah, jalan2 lagi ke... jap2 kira bajet.. Shafiq kata dalam 200 taiwan dollar je pergi balik.. ok, masih murah lagi.. so, adik2ku.. mari kita berjalan2 lagi.. kali ni kami berempat. nak jalan jauh ni kena bawak Thai, kang tak taw sesat mana lak nnt.. perjalanan dari Douliou ke Taichung mengambil masa 1jam... erk, sempat tido ni dalam tren...tapi macam tak berani gak nak tdo.. takut terlepas.. so, dalam tren hanya wat aktiviti luahan perasaan je la ngan anis.. hihi.. (rahsia si gadis)

sampai je kat Taichung, hari da gelap.. padahal baru pukul 5.15 petang.. yela, kat cni malam die awal... so, Thai kata kami kena menaiki bus untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju iaitu NIGHT MARKET... wow, shopping lagi..woowoo.. perjalanan ke night market tu mengambil masa lebih kurang 15 minit dan apabila sampai di tempat yang dituju... erk, banyaknya barang...so, ayuh... KITA BERSHOPPING... yehaa.. (sebenarnya, kami lebih pada berjalan2 je.. hihi.. duit da takde.. :( nak sedapkan hati je.. hoho)

satu demi satu kedai kami masuk, dok belek2 baju, seluar,beg.. serius murah... wow... semuanya blink2 mata... :P
 Kami di Douliou Railway Station.. First time nak naik tren di sini... :)

 Tren da datang.. jom2..

 Kami di dalam tren..

 Inilah tempat yang kami nak tuju... :)

 Shafiq yang gembira.. :)

 Anis yang comel :)

 I yang sentiasa happy :)

 Aktiviti melihat2 barang

 Thai and anis...

 Shafiq and i...

 Kat sini mereka tak menggunakan tiket.. sebaliknya menggunakan kad untuk membayar tambang..

 Malam tu, suhu 19 darjah celcius.. sejuk bangat!!!


 Aksi posing thai..

 Aksi posing maut Shafiq..

Aksi posing Anis

Aksi posing i...

ada banyak lagi gambar, namun tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu.. lagipun bateri kamera telah abes da dan kami juga terpaksa pulang kembali ke Yunlin.. terima kasih Taichung kerana telah memberi kenangan indah kepada kami berempat... :) syukur juga kepada Allah S.W.T kerana telah memberi nikmat yang sangat berharga kepada kami.. Alhamduillah :)

sehingga bertemu lagi... tata :)


















No comments:

Post a Comment